JanaDuit

Monday, January 21, 2013

Formasi 4-4-2




Formasi 4-4-2 adalah salah satu formasi pasukan yang paling biasa digunakan dalam permainan bolasepak.

Ia adalah satu sistem yang mudah utk disesuaikan dgn memberi kekuatan di bahagian tengah dan membolehkan permainan dilebarkan di sebelah sayap. Peranan pemain midfield tengah dan fullback khususnya, boleh diubah-ubah bergantung kepada keinginan pasukan itu sendiri samada mahu bertahan atau menyerang.

Fullback diberikan juga peranan menyerang yg lebih dalam sistem ini sekarang berbanding di masa lalu.

Formasi 4-4-2 sangat berkesan kerana ia boleh disesuaikan utk menyerang atau bertahan. 

Kebanyakan gambar pemain2 contoh yg disertakan di dalam posting ini adalah bukan pemain yg begitu terkenal. Mereka ini muda dan akan menjadi bintang di masa akan datang.

Tugas Penyerang (FC) dalam Formasi 4-4-2

Adalah perkara biasa dalam sistem ini utk mempunyai seorang shj penyerang yg bermain jauh dlm kawasan lawan. Istilah yg biasa digunakan utk pemain ini adalah ‘Target Man’.Dia perlu mampu memegang bola (holding up the ball) sementara menunggu rakan2 lain naik ke atas utk menyertainya dlm gerakan serangan. Pemain ini juga kebiasaannya mempunyai saiz tubuh yg besar dengan kekuatan fizikal yg hebat untuk menghalang pemain pertahanan lawan dari merampas bola dari kawalannya.

Stephan El Shaarawy, Itali & AC MIlan

Kebiasaannya ‘Target Man’ akan bermain dgn rakan penyerang yg selalunya lebih kecil, laju dan lincah dlm formasi 4-4-2. Satu contoh yg baik dimana kombinasi ini sangat berkesan adalah antara Dimitar Berbatov & Robbie Keane di Tottenham Hotspurs suatu masa dahulu.


John Guidetti, Man City & Sweden
Kadangkala formasi 4-4-1-1 lebih digemari. Dalam formasi ini, seorang rakan penyerang akan bermain di belakang sedikit dari ‘Target man’ tetapi di hadapan pemain2 midfield. Istilah yg biasa digunakan utk kawasan ini adalah ‘in the hole’. Penyerang yg bermain ‘in the hole’ perlu kreatif utk membawa rakan lain masuk dlm gerakan2 menyerang. Contoh penyerang ‘in the hole’ yg terbaik adalah lagenda Arsenal & Belanda, Dennis Bergkamp.


Iker Munian, Spain & Atletico Bilbao
Banyak juga pasukan yg bermain dgn penyerang2 yg boleh bertukar2 posisi antara ‘Target Man’ & ‘In the hole’ seperti kombinasi Wayne Rooney & Carlos Tevez suatu masa dahulu utk Manchester United. Ia meyukarkan pemain2 pertahanan pasukan lawan utk membuat marking.

Tugas Pemain Midfield Tengah (CM) dalam Formasi 4-4-2

Dalam Formasi 4-4-2, adalah perkara biasa untuk mempunyai satu pemain Tengah Defensif (DM) dan seorang pemain tengah menyerang atau Attacking Midfielder (AM) yang tugasnya adalah untuk membawa gerakan serangan ke arah gol lawan dan menyertai penyerang dalam kawasan penalti.

Mario Goetze, Dortmund & Germany
Tugas pemain tengah defensif adalah utk mematahkan gerakan2 serangan lawan (istilah Inggerisnya  adalah ‘Break the game’). Dia juga bertindak sebagai pemain pertahanan tambahan sekiranya diserang. Pasukan2  yang terbaik biasanya mempunyai pemain DM yang bertindak sebagai satu benteng tambahan sekiranya bola diperolehi oleh pasukan lawan. Tiga contoh pemain DM terbaik masa kini adalah Michael Essien, Javier Mascherano dan Yaya Toure. Mereka memberi keyakinan pada rakan2 penyerang utk melaksanakan tugas masing2.

Christian Eriksen, Ajax & Denmark
AM juga turut mempunyai tanggungjawab utk bertahanan, terutamanya apabila pasukan beliau tidak mempunyai bola. Tetapi adalah lebih penting utk AM bergerak menyokong penyerang apabila pasukan mempunyai bola. Jika tidak, maka mungkin penyerang2 akan kekurangan sokongan, terutamanya jika pemain2 sayap kurang berkesan. Contoh pemain2 midfield tengah muda yg terbaik adalah Mario Goetze, Christian Eriksen, Valon Berisha, Patrick Plufke, Marco Veratti & Okay Yokuslu di antaranya.

Marco Veratti, Itali & PSG
Pengurus boleh memilih untuk mempunyai dua pemain tengah AM, terutamanya apabila menentang pasukan yg lemah. Walaupun begitu ia dianggap normal untuk membariskan satu pemain yg lebih cenderung utk bertahan (defensive minded). Dewasa ini bergantung kpd kebolehan pemain2 tengah, pengurus boleh mengarahkan mereka saling bertukar tugas di antara menyerang dan bertahan. Apabila seorang naik ke atas utk menyerang, seorang lagi tidak naik, malah bersedia utk bertahan.


Tugas Pemain Sayap dalam Formasi 4-4-2

Tanggungjawab utama pemain sayap adalah untuk menyerang pemain2 fullback lawan dan menghantar bola ke rakan yg berada dlm kotak penalti lawan. Pemain sayap secara tradisinya akan cuba untuk melepasi pemain pertahanan dahulu sebelum menyilangkan bola ke dalam kawasan penalti untuk disudahkan oleh penyerang atau pemain tengah (AM) yg mara ke kawasan itu.

Jamie Rodrigiez, Porto & Colombia
Pemain sayap juga sewajarnya perlu ada kebolehan utk memintas ke bahagian tengah dan bukan shj bermain di tepian padang. Kebanyakan pemain sayap akan bermain di sebelah padang menurut kebolehan tendangan kaki mereka. Pemain yg kuat & tepat hantaran kaki kanan akan bermain di sebelah kanan padang dan juga sebaliknya.  Pemain2 sayap yg berupaya menendang menggunakan kedua-dua belah kaki mampu bertukar-tukar tempat dengan pemain sayap yg satu lagi utk menyukarkan pemain2 pertahanan lawan membuat marking. Ketepatan hantaran, kekuatan tendangan, stamina yg tinggi, kebolehan memecut dan menggelecek merupakan asas2 yg dimestikan utk bermain di sayap.

Xherdan Shaqiri, Bayern Munich & Swiss

Formasi 4-4-2 menggunakan sepenuhnya pemain sayap utk menyerang. Mereka biasanya akan mendapat tanggungjawab lebih ketika menyerang kerana mempunyai ruang yg lebih luas utk bergerak berbanding dgn pemain2 di tengah padang yg biasanya dikelilingi oleh pemain2 lawan yg berundur utk menghampiri gawang yg perlu dipertahankan.

Christian Tello, Barcelona & Spain
Namun begitu dalam bolasepak moden, pemain2 sayap juga perlu berkebolehan utk bertahan. Pemain sayap dan fullback akan menyerang serentak dgn fullback biasanya membuat larian overlap. Sekiranya dlm gerakan serangan di bahagian sayap bola terlepas kpd pihak lawan, makan pemain sayaplah yg perlu turun dan menyekat gerakan lawan. 


Fullback dalam Formasi 4-4-2

Peranan utama fullback adalah untuk menyekat serangan dari kawasan sayap padang. Kepantasan dan keupayaan menerjah (tackle) yang baik adalah prasyarat utama. Mereka juga perlu membantu pemain pertahanan tengah, terutamanya apabila pasukan lawan mempunyai sepakan sudut.

David Alaba, Bayern Munich & Austria
Fullback juga boleh menjadi senjata utama ketika menyerang. Fullback yg mempunyai larian yg pantas, tendangan yg kuat & kebolehan menyilang yg tepat adalah satu aset yang besar utk permainan di sebelah sayap kerana mereka boleh menarik pemain2 pertahanan lawan keluar dari kawasan penalti utk menghalang mereka (kerana takut mereka akan membuat hantaran silang). Apabila pemain lawan terpaksa bergerak keluar dari kawasan penalty, ruang yg lebih luas akan terhasil utk dimanfaatkan oleh penyerang. Kebiasaanya fullback perlu mempunyai persefahaman yg baik dgn pemain sayap terutamanya ketika menyerang.

Lucas Digne, Lille OSC & France
Selalunya apabila pasukan sendiri dapat sepakan sudut, fullback akan kekal berhampiran garis tengah padang utk mengekang/menggagalkan pasukan lawan dari melancarkan serang balas yg cepat. Ini adalah kerana pemain2 pertahanan tengah selalunya akan berada di dalam kotak penalty lawan kerana ketinggian mereka diperlukan utk menanduk bola ke gawang lawan.


Pertahanan Tengah  dalam Formasi 4-4-2

Tugas utama pemain pertahanan tengah adalah untuk menangkis serangan pasukan lawan, terutamanya melalui terjahan (tackle) dan menanduk bola keluar dari kawasan penalti. Seorang pemain pertahanan tengah biasanya akan menjejaki mana-mana pemain lawan yg masuk ke kawasan tertentu (zonal marking) atau mengikuti dgn dekat seseorang pemain yang telah ditetapkan oleh jurulatih sekiranya dia berada dalam kawasan 1/3 terakhir padang (man marking).

Raphael Varane, France & Real Madrid
Untuk menjadi  seorang pemain pertahanan tengah yg baik, anda memerlukan kekuatan, keberanian, tumpuan dan keupayaan untuk membaca permainan. Anda juga harus mempunyai sifat yg gemar membuat hantaran yg mudah dan selamat kpd rakan2 anda. Kebolehan berkomukasi dgn pemain2 pertahanan yg lain juga sgt mustahak utk  melaksanakan perangkap ofsaid yang berkesan.

Kiriakos Papadupullous, Schalke & Greece

3 comments:

  1. Salam...Minta Kongsi artikel ini di blog saya yer.....

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete