JanaDuit

Tuesday, August 16, 2011

Beli atau Buat?

Soalan yg biasa bermain di minda kaum wanita menjelang hari raya. Nak beli ke atau nak buat kuih raya tahun ni?






Tahukah anda soalan yg sama juga berlegar2 di kepala pengurus2 kelab2 bolasepak.


BPL dan kebanyakkan liga2 bolasepak di Eropah telahpun bermula. Seperti biasa mcm tahun2 dulu juga kelab2 bebelanja berjuta2 Euro (mungkin Arsenal je yg tidak) utk membeli player2 baru bagi meningkatkan keupayaan bersaing.

Ada kelab2 mcm Manchester City & Chelsea yg membeli begitu ramai pemain 'Star' sehingga pemain2 muda dari kelab itu tidak lansung mendapat peluang dan terpaksa berhijrah ke kelab lain seperti Daniel Sturridge walaupun dah dapat 1 cap England. Mungkin England tak cukup power kot?


Kalau lampin bayi ada pakai buang, kami beli player tak pakai terus buang.
Amacam loaded tak kami?



Ada pula seperti Arsene Wenger yg walau ada berkepul2 duit tapi tak nak beli player baru. Yg memang takde duit tu cerita lain lah.

Beli atau Buat? Itulah persoalan yg mahu saya ketengahkan  dlm posting ini.



Boss, salah ke saya nak balik kampung?
Dah lah tunggu boss nak beli player sepower saya tak beli-beli.
6 tahun saya tunggu. Saya pun nak menang piala boss.
Main bola ni bukannya pencen umur 58 tahun.

Bab 'Membeli' ni semua orang faham. Secara ringkasnya macam ni;

1) Pembeli perlu menghubungi kelab pemain yg dikehedaki dan bukan terus kpd pemain tersebut. Sebarang cubaan berhubung bukan melalui kelab, contohnya melalui rakan pasukan kebangsaan (contohnya kalau Gerard ajak Downing join Liverpool) boleh dianggap sebagai 'Tapping Up' dan boleh dikenakan tindakan disiplin seperti pemotongan markah.


2) Pembeli memberikan tawaran. Samada tawaran ini diterima atau tidak oleh kelab pemain tadi, pembeli sudah boleh berhubung dgn pemain tersebut biasanya melalui ejen pemain tadi. Segala terma2 persendirian seperti gaji, bonus, clause perlepasan dah boleh dibincangkan.



3) Kelab boleh menolak atau menerima tawaran pembeli samada pemain dah bersetuju terma2 personal dgn pembeli. Perkara ni biasa berlaku. Cuba tengok shj Modric & Fabregas. Beriya2 nak pergi walaupun kelab2 mereka tak setuju dgn harga pertukaran. Bukan 2 ekor ni je, boleh katakan majoriti yg cam ni.

4) Sekiranya kos perpindahan dipersetujui oleh kedua2 pihak maka pemain tadi perlulah ke kelab pembeli utk menjalani ujian perubatan. Tujuan ujian ni nak tengok kalau2 ada masalah kesihatan yg boleh mengekang mutu permainan pemain tadi. Juga utk ujian dadah, manalah tahu pemain ni kaki Syabu ke Ecstacy ke? Susah cam tu.

5) Kalau pemain tadi sihat dan bukan kaki ganja atau heroin atau yg serupa dengannya maka pihak Premier League akan dihubungi dan pendaftaran pemain ke kelab baru dilaksanakan.


Kalau nak 'buat' pemain pula camana?

Sebenarnya mengambil pemain utk akademi ini ada baik dan buruknya. Walaupun kerap dipandang sebagai cara yg lebih 'gentlemen' sebab develop player sendiri, teknik ni banyak kekangannya. 



Apa dia sebenarnya "Akademi"?
Akademi bolasepak adalah tempat di mana pemain2 masa hadapan diberikan tunujk ajar utk membina keupayaan mereka. Semua kelab BPL mempunyai akademi mereka masing2. Ada yg menggunakan nama "Center of excellence" namun fungsinya sama sahaja.

Bila boleh masuk akademi ni?
Untuk akademi2 di Britain, umur kemasukan adalah pada 9 tahun. Tetapi banyak juga kelab yg mempunyai program2 lain yg melibatkan pemain2 yg lebih muda.

Kenal tak saya? (Yg di dlm bulatan merah tu laaa)

Sapa2 boleh masuk akademi ni ke?
Oh tidak, untuk mengelakkan dari kelab2 besar memancing pemain2 muda dari tempat2 lain, maka FA England telah mengenakan syarat bahawa pemain2 hendaklah tinggal dlm lingkungan 1 jam perjalanan dari lokasi akademi tersebut. Syarat ini adalah utk pemain U12. Untuk pemain2 U16 pula 1.5 jam.

Kenal tak? Kan saya kata .... saya cuma nak balik kampung dan bermain utk pasukan kampung saya yg jauh lebih berupaya utk mendapatkan piala dari team boss yg kedekut tu.


Apa yg berlaku kalau ada kelab nak ambik saya?
Untuk pelatih U16, anda akan diminta utk menandatangani borang2 "schoolboy". Sekiranya prestasi anda bagus dan kelab mahukan anda meneruskan pengajian bolasepak anda maka anda akan ditawarkan tempat dlm "Youth Training Scheme". Secara amnya sangat2 kurang pemain schoolboy yg akan ditawarkan tempat ke youth team. Utk kelab Crystal Palace contohnya cuma 6 orang setahun. Ada kelab yg ambil lebih dan ada juga yg ambil kurang dari ini. Seandainya anda adalah 1 dari 6 orang ini maka anda akan diberikan biasiswa utk 3 tahun seterusnya dan sepatutnya anda akan meningkat dari pasukan Youth (U16) ke pasukan Reserves (U19). Kebanyakkan pasukan BPL mempunyai skuad U21 sebagai pengantara pasukan U19 ke skuad utama. Secara teknikalnya anda boleh menandatangani kontrak ketika berumur 17 tahun, tetapi kes ini melibatkan pemain2 yg benar2 handal. Contohnya, Wayne Rooney.

Mamat ni pun main utk team kampung dia, ada lah juga menang Cempein Lig.
Premier Lig tak dapat le kalau seri je dgn Sunderland kat Anfield plak tu


Bagaimana kehidupan di akademi bolasepak?
Pelatih2 biasanya akan berlatih 3 kali seminggu. 1.5 jam pada setiap petang Selasa dan Khamis dan 1jam pada pagi Sabtu. Perlawanan di antara akademi2 pula berlansung pada pagi Ahad. Terdapat 28 perlawanan dlm satu2 musim.

Utk U9, U10 & U11 perlawanan dilansungkan dlm format 8 sepasukan. U12 ke atas, 11 sepasukan.

Pelatih2 juga turut diberikan kerjarumah dlm bentuk latihan2 tubi yg perlu mereka lakukan di rumah. Ibu bapa pula diberikan tunjuk ajar mengenai nutrisi dan persediaan mental. Pihak sekolah pelatih juga mungkin diminta agar membantu dlm membentuk keupayaan fizikal pelatih dgn memberikan latihan dlm bentuk sukan2 lain seperti gimnastik dan bolakeranjang.

Apabila pelatih telah mencapai umur 16 tahun, pihak akademi dan ibubapa akan berbincang mengenai langkah yg terbaik utk pelatih tersebut. Sekiranya pelatih tersebut ditawarkan biasiswa, maka dia perlulah tinggal berhampiran dgn kelab tadi utk melanjutkan pembelajaran akademiknya juga. Ini dimestikan.

Kebiasaannya pelatih juga akan bekerja di kelab tadi utk menampung kos sara hidupnya. Kerja2 yg biasa mereka lakukan adalah kerja2 membersih kelengkapan bolasepak pemain2 seperti but dan jersey. 

Seronok tak membasuh kasut orang lain ni? Jangan sangka nak jadi pemain bola pro ni mudah. Malas belajar, main bola sebagai 'escape'. Silap la kau. Dalam dunia ni kalau nak berjaya tak ada yg mudah.

Korang kenal tak aku? Cute dulu ke sekarang lagi cute?

Dan close up ni takkan tak kenal lagi kot?
Haa dah tentu tak kenal sebab engkorang sokong Barcelona sebab kami selalu menang kan?
Bukannya tahu apa2 pun pasal sejarah kami. Bola pun kau x pandai sgt.
Cuba terangkan pd kawan sebelah kau tu apa dia undang2 utk perangkap Offside?
Mesti tergamam punya kan?

Lepas tu apa? Umur pun dah masuk 19 tahun ni.
Sebagai pelatih anda harus bersikap realistik. Berapa ramaikah pelatih2 yg benar2 diserapkan ke pasukan utama seperti Liverpool atau Arsenal? Sangat2 kurang. Sebenarnya rekod menunjukkan majoriti pelatih2 tidak akan diterima utk bermain ke pasukan utama. Baca mengenai "Class of 92" Man Utd yg telah memenangi Youth Cup 1992. Berapa ramai yg anda kenal. Itu pasukan Juara. Yg tak juara lagilah kurang yg akan diterima masuk ke pasukan utama.

Jadi apa yg berlaku kpd pelatih2 yg di'reject' ini? Mereka akan dikumpulkan utk dipilih oleh kelab divisyen bawahan yg lain. Itupun kalau kelab2 ini mahu. Apa yg penting adalah anda tidak hilang kepercayaan terhadap kebolehan anda, tetapi bersedia utk bergerak ke kelab yg lebih rendah dan berusaha dari situ. Satu contoh yg baik adalah Darren Peacock yg telah di'reject' oleh kelabnya Bristol Rovers(Div 2) dan turun satu divisyen (ke Div3). Beliau telah mengakhiri karier bolasepaknya setelah bermain lebih dari 200 kali utk kelab Premiership (Div1) seperti QPR, Newcastle, West Ham & Blackburn.

Semangat dan usaha keras mau ada bro, jangan jadi pemalas dan komplen je pandai.


Moral of the story ...
Kalau kau main bola sebab malas nak belajar dan MALAS ni merupakan satu habit atau sifat, maka jangan harap nak berjaya dlm bolasepak. Jadi yg penting samada anda memilih pelajaran atau bolasepak atau apa-apa pun yg anda lakukan, JANGAN lakukannya dgn MALAS. Confirm fail!


Fergie kata Sneijder tak payah ada pun takpe sebab gua ada ...