JanaDuit

Sunday, May 22, 2011

YAMAHA-JFL U14 : WEEK 1 - Sejarah Dicipta! 11 gol dalam 2 game pertama!!

Pada Sabtu 21 Mei yg lepas, pasukan U14 telah berkunjung ke padang RRI Sg Buloh seperti mana yg telah dilakukan oleh pasukan U12 setiap minggu sejak Mac lalu. Kalau pasukan U12 telah menjaringkan 6 gol pada 2 perlawanan pertamanya, lain pula kisah pasukan U14.


Before the 1st game ...

1st game against Soccergurus

Captain buat throw in

Reserves warming up during half time

Kita berjaya mendapatkan 11 gol, YA SEBELAS gol pad 2 perlawanan pertama RHK. Sebelum peminat2 RHK melompat kegirangan, perlulah saya ingatkan bahawa dalam hidup ni, biarlah faham cerita betul2 dahulu sebelum buat apa2 tindakan. 11 gol yg RHK dapat  tu semuanya datang dari pihak lawan ...


Perlawanan pertama menentang Soccergurus, RHK kalah 0 -3. Perlawanan kedua pula lebih parah 0 - 8.


Half time talk. RHK 2 - 0 down.

Captain Marvel -  Amin telah bekerja keras menyekat serangan2 pasukan lawan.



Midfield General Afif kurang menyerlah dlm Game #1. Improved dlm Game#2

RHK mensia-siakan sepakan sudut

Counter attack dari pihak Soccergurus. Kecik2 je cikgu2 nih ...



Post mortem game #1. Patutpun panggil post mortem - macam nak meninggal  dunia tengok budak2  ni main tadi ...

In between games. Keringkan baju sambil menyakat kawan ....  Ada jugak yg kena berak burung semasa duduk di bawah pokok ni.


Lempeng & Danial both from U12 team. Lempeng as usual cemerlang. Save a few 1 on 1 situations

Bersedia ke game #2. Menentang Jasmine Junior. Kuat makan nasi budak2 Jasmine ni, mentang2 beras Free

Tadi kena baham singa, yg ni masuk ke mulut buaya! Tapi masa gambar ni diambil kami tak tahu yg is akan berkesudahan 8-0

Serangan Jasmine Junior ke atas gol RHK. Banyak lagi yg cam ni .. kalau tak takdelah kena 8 !







Cubaan yg kira bahaya gak lah, tapi tak de yg masuk pun ...


Jasmine Junior defending a corner. Bola dah kena tangkap dek goalie

Kami tak mahu berdalih, pihak lawan taklah sehebat pasukan PKNS atau ASA (Melaka) yg admin jangkakan mungkin bakal juara tahun ni. Tapi bak kata Yap Ah Loy ... "Haiyaaa. mana lu punya fitness RHK?" 


Dalam kedua2 perlawanan begitu ketara sekali apabila 7 dari 11 gol dijaringkan dari kedudukan 1 on 1. Camanalah si Lempeng nak save. Itu pun banyak yg lempeng selamatkan. Kalau tak mau belas2 gol.


Kami akui pasukan lawan were the better team. Memang patut kami kena belasah. Tapi rasa-rasanya kalau players fit, mungkin taklah teruk sangat.




Training ponteng, dahlah ada 3 hari je utk training ... next week selasa sampai jumaat  datang training, kalau tak next week pun dapat 'Belas' ehsan pasukan lawan



Anyway, nasi dah jadi bubur. Kami kena pandang ke hadapan. Jadi Selasa, rabu, khamis & jumaat ini akan kami gunakan utk meninggikan tahap fitness kami, meningkatkan sefahaman (ni team mate punya nama pun tak tahu .. camana la kau nak main sama2). 


Semoga kami dapat bermain dgn lebih baik lagi minggu depan. Amiiin. 




PS - 'A' tu satu harkat je. 'Miin' tu 4 harkat. Cuba engkorang check, betul tak kau buat.

3 comments:

  1. kami sekeluarga turut membawa beberapa pemain ke RRI sungai buloh...kami sebagai ibu bapa kepada salah seorang pemain, bagaimanapun amat berbangga pada semangat yg diberikan oleh anak2 kite..cume memang diakui kekurangan anak2 kite adelah fitness dan juge pengalaman mereka..kami rase kami boleh terima kekalahan itu.. sbb untuk memberi keserasian kepada 11 pemain bukan lah satu kerje yang senang, ianye memerlukan masa latihan yg lama. Saya juge berpuas hati pada coach yg memberi kesemua pemain peluang untuk beraksi dipadang tanpa memikirkan akibat yang mungkin dibelasah pihak lawan...saya suka petik kata2 dari salah seorang pemain setelah selesai game " kekalahan adelah permulaan kejayaan"....yg penting berikan mereka semangat juang...

    ReplyDelete
  2. Budak2 ni training minggu lepas ada yg tak datang pun! Kalau datang pun memang tak sempat nak tingkatkan fitness. Lagipun kami terkejut semasa ke mesyuarat JFL minggu lepas. Utk U12, kami diberitahu lebih kurang 2 bulan sebelum pertandingan bermula. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kpd ibubapa yg sanggup datang dan menunggu sampai habis.

    ReplyDelete
  3. hello there i think you've mentioned the wrong name,it's
    "Lempeng & FARHAN both from U12 team."

    not Ariff, that's my brother his name is Danil Farhan
    p/s:just so you know (:

    ReplyDelete