GoDaddy

Thursday, March 10, 2011

Majlis Pelancaran 1MCC-JFL esok!

Salam,


Esok, Sabtu 12 Mac 2011 adalah hari majlis pembukaan 1MCC-JFL atau nama panjangnya 1Malaysia Cardiff City Junior Football League.


Berikut adalah aturcara majlisnya;



Majlis Pelancaran Liga - Sabtu 12.3.2011:

Pihak penganjur memohon kerjasama semua pasukan dalam menjayakan majlis pelancaran liga:

1.Semua pasukan bertanding (Kumpulan A & B) harus berada di LGM (RRI) Sg. Buloh selewat-lewatnya jam 8.00 pagi untuk Majlis Pelancaran Liga oleh YAB Perdana Menteri atau wakil beliau. 

2. Semua pasukan di kehendaki memakai jersey lengkap pasukan, siap dengan logo 1MCC (di tengah dada jersi) yang telah di edarkan oleh pihak penganjur

3.  Perlawanan pembukaan Liga 1MCC adalah di antara Akademi Bolasepak Kota Damansara dan Akademi PKNS FC. Di minta pengurus dan jurulatih pasukan membuat persiapan terlebih awal (menamakan kesebelasan utama dsbgnya) dan bersiap sedia untuk upacara 'Kick-off' oleh YAB PM atau wakilnya.

Aturcara Majlis 

8.00 pagi             : Ketibaan semua pasukan bertanding
8.20- 8.30 pagi   : Ketibaan VVIP/VIP dan Media dan Suratkhabar
8.45 pagi             : Ketibaan YAB PM atau wakilnya
8.50 pagi             : Ucapan oleh Dato Chan Tien Ghee - Pengerusi Cardiff City Football Club UK
8.55 pagi             : Ucapan YAB PM atau wakilnya
9.00 pagi             : Sesi Bergambar - semua pasukan bersama YAB PM atau wakilnya
9.05 pagi             : 'Kick-off' Liga oleh YAB PM atau wakilnya
                              Perlawanan AB Kota Damansara Mln Akademi PKNS FC di mulakan

Patutnya website JFL ni adalah www.jfl.my tapi belum up lagi ...


Sapa2 yg berminat nak datang sila ke RRI Sg Buloh ... Rubber Research Institute.


Peta ke RRI ada di ... KLIK SINI

No comments:

Post a Comment