Advertlets

Wednesday, May 8, 2013

Sejarah Ringkas Sir Alex Ferguson


Zaman awal di Manchester United
Berikutan keputusan Sir Alex Ferguson untuk bersara pada akhir musim ini, mari kita lihat rekod pengurus yang sangat berjaya ini.

1941: Dilahirkan 31 Disember di Govan, Glasgow, Scotland.

1957: Sertai Queen’s Park (bukan QPR) sebagai pemain amatur sambil bekerja sebagai pelatih pembuat alatan di sebuah kilang di Glasgow.

1960: Sertai St. Johnstone sebagai pemain separuh pro.

1964: Berhenti kerja utk menyertai Dunfermline.

1967: Berpindah ke Rangers untuk £65,000.

Penyerang di Glasgow Rangers.

1969: Berpindah ke Falkirk, untuk £20,000.

1973: Menyertai Ayr United, sebagai pemain semi-pro sambil menjalankan perniagaan pub beliau di Glasgow.

1974: Dilantik sebagai pengurus kelab East Stirling pada bulan September, tetapi berpindah ke St Mirren 3 bulan kemudian.

1978: Dipecat oleh St Mirren dan kemudian dilantik oleh Aberdeen sebagai pengganti kepada Billy McNeill.

1980: Memenangi piala pertama sebagai pengurus dgn Aberdeen, iaitu Piala Scotland.

1982: Aberdeen memenangi Piala Scotland sekali lagi dgn menewaskan Glasgow Rangers 4-1.

1983: Aberdeen mengekalkan Piala Scotland, kali ini dgn menewaskan Rangers 1-0. Ferguson kemudian mengemudi kelab Scotland itu menewaskan Real Madrid 2-1 di Gothenburg untuk menjuarai European Cup Winners Cup.

Bersama Mark Mc Ghee menjulang Cup Winners Cup dgn mengalahkan Real Madrid



1984: Aberdeen menjuarai liga dan Piala Scotland,  double pertamanya, menewaskan Celtic 2-1 dalam Final Piala Scotland. Ferguson dianugerahkan Order of the British Empire (OBE).

1985: Dilantik sebagai pengurus Scotland berikut kematian Jock Stein utk perlawanan Wales - Scotland utk kelayakan Piala Dunia 1986.

1986: Scotland tunduk kpd Mexico dlm perlawanan pusingan pertama Piala Dunia. Ferguson meninggalkan Aberdeen untuk mengambil alih Manchester United selepas pemecatan Ron Atkinson.

1989: Memecahkan rekod perpindahan British untuk menandatangani pemain pertahanan tengah, Gary Pallister dgn harga £2.3j dari Middlesbrough.

Pemain yg menjadi pemangkin kpd era kejayaan Sir Alex di Old Trafford
1990: Trofi pertama di Old Trafford apabila United menewaskan Crystal Palace 1-0 dalam Piala FA. Ia merupakan permaianan ulangan akhir selepas seri 3-3.

1991: United menewaskan Barcelona 2-1 di Rotterdam untuk memenangi Cup Winners Cup.





1992: Piala Super Eropah tiba di Old Trafford bila United menewaskan Red Star Belgrade. Menang Piala Liga buat kali pertama dengan menewaskan Nottingham Forest dgn jaringan 1-0. Impian menjuarai EPL musnah apabila Leeds memintas United pada minggu-minggu terakhir musim pertama EPL.

1993: Penungguan 26 tahun utk menyaksikan kejuaraan liga berakhir apabila United menamatkan musim dgn 10 mata di hadapan  Aston Villa. Beli Roy Keane dari Nottingham Forest untuk rekod perpindahan Britain £3.75j.



Roy Keane & Paul Ince membentuk midfield tengah Man Utd dlm era 90an
1994: United menjadi pasukan keenam untuk melengkapkan “Double” iaitu Juara EPL dan Piala FA.

1995: Sekali lagi memecahkan rekod perpindahan British dgn menandatangani Andy Cole dari Newcastle untuk £7j; United akhiri musim sebagai naib juara kepada Blackburn Rovers dan tewas kpd Everton dalam Final Piala FA.

1996: United menjadi kelab pertama untuk melengkapkan “Double”  sebanyak dua kali, mengatasi Newcastle dalam Liga Perdana dan kemudian menewaskan Liverpool 1-0 di Final Piala FA di Wembley.

1997: Kejuaraan BPL ke 4 dalam 5 musim.

1998: Mengakhiri musim tanpa trofi apabila Arsenal memenangi “Double”.

2 gol dlm masa kecederaan dari 2 pemain gantian, Teddy Sheringham
& Ole Gunnar Solksjaer. Macam  filem Hollywood je. Bayern 1 - 2 Man Utd.
1999: Mengemudi United memenangi “Treble” dgn memenangi  Piala Eropah (UCL), Liga Perdana dan Piala FA; Mendapat anugerah “Sir” dari Ratu England.

2000: Kejuaraan BPL ke 6, 18 mata di hadapan pencabar terdekat Arsenal.

2001: Gelaran BPL ke 7 dalam 9 tahun.

2002: Membuat pengumuman utk bersara yg kemudiannya ditarik semula dgn menanda tangani kontrak baru bertempoh 3 tahun sebagai pengurus United. United mengakhiri musim bukan sebagai Juara atau Naib Juara dalam Liga Perdana untuk kali pertamanya.

2003: Terlibat dalam pertengkaran di dalam bilik persalinan dengan pemain bintang David Beckham, yg kemudiannya muncul dgn luka di atas kening akibat terkena but  yg ditendang oleh Ferguson.  Mengundang kontroversi dengan mendakwa rasuah berlaku dalam perlawanan Liga Juara-Juara. United menjuarai BPL lagi; Melancarkan tindakan mahkamah terhadap pemegang saham utama Man Utd iaitu John Magnier mengenai hak ke atas kuda lumba “Rock of Gibraltar”.

Cristiano Ronaldo & Kleberson menjadi pemain Man Utd pada tahun 2003.
2004: United menjuarai Piala FA dengan kemenangan ke atas Millwall dalam perlawanan akhir; Beli bintang muda Everton, Wayne Rooney dengan harga £27j.

2005: United kehilangan FA Cup kpd Arsenal melalui sepakan penalti.

2006: Menang Piala Liga buat kali kedua dgn membelasah Wigan 4-0.

2007: Memenangi BPL buat pertama kali setelah 4 tahun tetapi United tewas dlm Final Piala FA dgn Chelsea.

2008: Memintas Chelsea untuk kejuaraan Liga Perdana sekali lagi sebelum mengalahkan The Blues menerusi penalti dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Moscow.  Kemudian United memenangi  Piala Kelab Dunia sebelum tamatnya 2008.

2009: Kekalkan gelaran Liga Perdana Inggeris setelah memenangi Piala Liga menentang Tottenham. United layak ke Final Liga Juara (UCL) di Rom tetapi tewas kepada Barcelona 2-0.

2010: Terpaksa berpuas hati dengan hanya Piala Liga menentang Aston Villa apabila Carlo Ancelotti berjaya membawa Chelsea menjuarai BPL; menjadi pengurus paling lama berkhidmat di Manchester United.

Seteru tetapi kawan ... bukan macam ahli politik Malaysia.
2011: Dikenakan tindakan gantung 5 perlawanan dan denda £30,000 untuk serangan lisan mengenai pengadil Martin Atkinson di Chelsea pada bulan Februari selepas kekalahan 2-1.

2012: Mei – United hilang gelaran Liga Perdana ke 20 pada saat terakhir yg amat dramatik kpd musuh ketat Manchester City hanya berdasarkan perbezaan gol.

2012: September - Ferguson menguruskan perlawanan liga ke-1000 nya dengan United menentang Southampton. Dua minggu kemudian, dia memenangi perlawanan ke-100 nya dalam Liga Juara-Juara dgn menewaskan Galatasaray di Old Trafford.

2013: 22 April – Man Utd merekod gelaran liga ke-20 dengan kemenangan 3-0 ke atas Aston Villa.

2013: 8 Mei - United mengumumkan yg Sir Alex Ferguson akan bersara pada akhir musim ini setelah 26 tahun.



Rekod Perlawanan

P1604, W965, D360, L279, F2957, A1444. Nisbah kemenangan 60.16%

Rekod EPL

P808, W527, D167, L114. Nisbah Kemenangan 65.22%

Premier League: 1993, 1994, 1996, 1997, 1999, 2000, 2001, 2003, 2007, 2008, 2009, 2011, 2013.
FA Cup: 1990, 1994, 1996, 1999, 2004
League Cup: 1992, 2006, 2009, 2010
Champions League: 1999, 2008
Cup Winners Cup: 1991
Fifa Club World Cup: 2008
Uefa Super Cup: 1992
Inter-Continental Cup: 1999
FA Charity/Community Shield: 1990 (shared), 1993, 1994, 1996, 1997, 2003, 2007, 2008, 2010, 2011

No more Fergie time ...
 Thanks SAF for all the memories!

Sunday, April 28, 2013

Jadual Perlawanan 1MCC U14 Div 2

Jadual perlawanan Liga U14 tersohor di Malaysia boleh didapati di bawah; 


Anda boleh muat turun dlm bentuk pdf.

Friday, April 12, 2013

3 cara asas menendang bola


Video ini menunjukkan 3 cara asas (ada lagi teknik yg tidak ditunjuk), iaitu instep pass, chip & shot.

Gambar di atas menunjukkan bahagian kaki yg perlu di gunakan utk instep pass/drive (drive bermaksud tendangan yg lebih kuat), shot (tendangan kuat yg sesuai semasa membuat cubaan ke arah gol atau hantaran jauh) dan outstep kick (tendangan lencongan keluar) yg tidak dijelaskan dalam video ini.



Kesemua tendangan perlu disertakan dengan LBF! Jangan lupa LBF!!

a) Lock your ankle - Betis dan kaki anda dikunci dalam kedudukan 90 darjah. Tiada pergerakan di bahagian pergelangan kaki.

b) Bend your knee - Bengkokkan sedikit lutut. 

c) Follow through - Hayunkan kaki dan jangan hentikan pergerakan walaupun setelah bersentuhan dgn bola.

Teknik 1 (Bermula dari minit 1:00 dlm video) - Instep pass


1) Tendang menggunakan sebelah dalam kaki di bahagian hijau. Cuba tendang bola di bahagian lekuk yg ada pada kaki anda. Jangan tendang dengan hujung but (jari kaki) kerana bola akan naik dan hilang kekuatan tendangan. 

2) LBF.



Teknik 2 (mula pada minit 2:10) - Chip atau hantaran tinggi

1) Sama juga seperti instep drive iaitu tendang di bahagian hijau kaki, tetapi kali ini gunakan bahagian depan but (jari kaki anda). 

2) Jangan lupa LBF. 

Tip tambahan utk membuat tendangan chip adalah;

3) Lock ankle anda dlm keadaan hujung jari anda terangkat sedikit.

4) Lean back - Kedudukan badan seperti menyandar semasa tendangan dibuat untuk membuat hantaran tinggi (chip).



Sekiranya dilakukan dgn baik, bola akan mengalami back-spin (bola berputar dlm arah yg bertentangan dgn pergerakannya) yg akan membantu meninggikan kedudukan bola.

Teknik 3 (mula pd minit 4:00) Shot atau tendangan kuat

1) Gunakan bahagian kaki berwarna merah.

2) Bengkokan kaki sejauh yg boleh (lihat kedudukan kaki pd gambar di bawah)

2) Letakkan kaki sokongan (kaki yg tidak menendang) lebih jauh sedikit dari biasa. Dalam gambar di bawah, dinyatakan kaki sokongan perlu 1.5 kaki jauhnya dari bola, ini benar utk orang dewasa. Utk kanak2 ia dekat sedikit bergantung kpd ketinggian kanak2 tersebut.

3) Kawal ketinggian hantaran dengan memilih bahagian kaki manakah yg bersentuhan dgn bola. 



Utk bola tinggi, gunakan bahagian hampir dgn jari kaki dan lean back. 

Utk bola rendah, gunakan bahagian yg semakin hampir dgn pergelangan kaki dan tundukkan badan semasa membuat tendangan.

4) LBF!!

PALING PENTING anda perlu ingat cara utk mendapatkan tendangan yg baik adalah dgn berlatih berulang2 kali. Perhatikan pergerakan bola pada setiap kali dan ubah teknik anda utk mendapatkan jenis tendangan mana yg anda mahukan.

Selamat mencuba!


Friday, April 5, 2013

44 small sided games


Lagi, bahan rujukan utk menjalankan latihan bolasepak utk remaja & kanak2. Anda boleh muat turun secara percuma dari sini.


Friday, March 29, 2013

AFF 2012 All Star Team



Menurut FOX Sports Asia, berikut adalah Pasukan All Star AFF Suzuki 2012.
AFF Best XI
GK: Kawin Thamsatchanan (Muangthong United & Thailand)

RB: Nguyen Minh Duc (Sai Gon Xuan Thanh & Vietnam)
CB: Baihakki Khaizan (LIONSXII & Singapore)
CB: Panupong Wongsa (Muangthong United & Thailand)
LB: Theerathon Bunmathan (Buriram United & Thailand)
RM: Kyi Lin (Yangon United & Myanmar)
CM: Mustafic Fahrudin (Tampines Rovers & Singapore)
CM: Safiq Rahim (Darul Takzim FC & Malaysia)
LM: Anucha Kitpongsri (Chonburi & Thailand)
ST: Shahril Ishak (LIONSXII & Singapore)
ST: Teerasil Dangda (Muangthong United & Thailand)


Juga calon2 utk anugerah2 berikut;
Calon2 utk AFF Player of the Year
Shahril Ishak (Singapore)
Teerasil Dangda (Thailand)
Kyi Lin (Myanmar)
Emelio Caligdong (Philippines)

Calon2 utk AFF Youth Player of the Year
Chanathip Songkrasin (Thailand)
Nguyen Van Quyet (Vietnam)
Keoviengpheth Lithideth (Laos)

Calon2 utk AFF Coach of the Year
Radojko Avramovic (Singapore)
Winfried Schafer (Thailand)
K. Rajagobal (Malaysia)
Michael Weiss (Philippines)

Pemenang utk Persatuan Bolasepak Terbaek Di Galaksi Bima Sakti
F A M
(yg ni aku tambah sendiri ...)